Pandangan pelajar Cina


Hari ini aku sempat bersembang dgn 2 org pelajarku yg berbangsa Cina. Rupa2nya dia berminat nak tahu pasal Islam. Aku katakan padanya Islam bukan utk org Melayu sahaja. Islam agama utk semua bangsa.

"Jangan tengok perangai budak Melayu yg rosak akhlak.."kataku pada mereka. Fahami makna Islam yang sebenar.

"Kenapa org perempuan kena tutup rambut dan badan?"tanya mereka. "Sebab Islam menjaga kaum perempuan,supaya kaum perempuan selamat...Bahagian badan mana yg menarik? tentunya bahagian dada,sebab itu kaum perempuan kena tutup dgn tudung sampai bawah paras dada".

"Umat Islam mesti pergi haji ke?"dia bertanya lagi. Aku menjawab :"Ikut kemampuan dia,dari segi harta ada lebih tak?Kalau ada mesti pergi..."

"Ooo...kalau begitu kalau nak jadi umat Islam yg sebenar susah ye?"katanya.

"Kaum Cina percaya kehidupan selepas mati?"tanyaku. "Ada percaya ada yg tak percaya....kata pelajarku yg sorang lagi.

Perbualan terhenti di situ....Tak sempat nak terangkan lebih lanjut tentang Islam.

Walaupun begitu aku bahagia sebab boleh sampaikan serba sedikit ttg Islam. Masa senggang susah nak dapat. Walaupun aku mengajar subjek Sains serba sedikit aku selitkan tentang Islam.

Mudah-mudahan aku tidak didakwa oleh pelajar yg bukan Islam di hari akhirat kelak.

"Kenapa cikgu tak pernah bgtau ttg keindahan Islam?"tanya mereka di hari akhirat.

Ha! Nak jawab apa?

Mudah-mudahan usahaku yg sedikit ini mendapat rahmat daripada Allah,amin.





0 comments:

Post a Comment