Keikhlasan beribadah kepada Allah............

Pada permulaan pagi yang hening kami bangun beribadah padaMu....
Tiada daya melakukan kebaikan melainkan dgn bantuanMu ya Allah.....
Tiada daya meninggalkan kejahatan melainkan dgn pertolonganMu ya Allah...........
Berikanlah kami keikhlasan dalam beribadah kpdMu..........

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..........

Keikhlasan dalam beribadah kepada Allah.

Kata ustazku Ust. Aminuddin: "Musibah yang paling besar bukanlah kematian anak,suami,ibu....
Tetapi musibah yg paling besar apabila kerja buat kita bukan kerana Allah"...

Cuba kita renung sejenak...Apakah kerja @ aktiviti yg kita buat selama ini kerana Allah?
Contohnya sperti diriku seorang ummi/ibu kepada dua org puteri yg comel....
Apakah selama ini aku melayan kerenah ank2 kerana Allah?
Sebagai seorang isteri apakah aku ikhlas membuat kerja2 rumah spr memasak,mengemas dan sebagainya krn Allah?
Peranan aku sebagai pendidik bagaimana?
Apakah kemarahanku kpd anak didikku apb mereka tidak menghormatiku kerana Allah?

Subhanallah! Maha Suci Allah! Alangkah sedikitnya keikhlasan kita, andai kita koreksi diri sendiri....

Keikhlasan berada di tingkatan yg paling atas...Sebuah hadis yg panjang dari sahabat baginda saidina Muaz bin Jabal R.A telah menjelaskan perkara ini..........

Kerja sepanjang kehidupan kita walaupun kerja itu nampak seperti utk dunia contohnya memasak,mengemas,menyapu dll sebenarnya jika diniatkan krn Allah pasti mendapat pahala...

Sebagai seorg isteri yg berkerjaya kita sebenarnya mengharapkan pengertian drp seorg suami...
Kita harap suami boleh bantu kita melayan ank2 bila kita sdg masak....
Kita harap suami boleh masak bila kita terlalu letih bekerja seharian.....
Harap suami dapat 'ringan tulang' basuh baju ke,periuk belanga ke...
Apa akan jadi kepada sekeping hati kita apb
semua harapan kita tidak menjadi ?

Suami kita xpernah tolong pun di dapur...
Katanya:"Alah basuh periuk kan kerja org perempuan?"
Layan anak? "Saya penatla....awaklah jaga sendiri!"
Tentu sekeping hati kita akn hancur....

Apakah ubat yg terbaik? Tentunya sebuah keiklasan kepada Allah...
Sebagai isteri tentulah kita ingin menjadi isteri solehah sepertimana sabda rasulNya yg tercinta...
"Sebaik2 perhiasan dunia adalah isteri solehah..."
"Redha Allah terletak pada redha suami..."
"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...."
Semua di atas merupakan pesanan Rasullullah kpd kaum wanita.

Ikhlaskan niat kita krn Allah....
Kalau suami tidak menghargai kita, Allah akn hargai kita.....
Bukan semua yg kita harapkan kita akn dapat.......
Mungkin bukan di dunia fana ini.....
Hati tenanglah....Ikhlas adalah rahsia Allah dan hambaNya..........
Marah dan bencilah kerana Allah...........
Sayang dan cintalah kerana Allah...........
Rindu kerana Allah...........
Bertemu dan berpisah kerana Allah..........

Pastinya Allah akn hargai hamba-hambaNya yg ikhlas.
Dialah yg Maha Tahu kepenatan dan keletihan kerja kita .
Kita dihidupkan menjadi seorang khalifah di muka bumi milikNya.
Suatu hari nanti kita pasti kembali kepadaNYA............

Adakah kita sedang mencari redha Allah S.W.T@redha makhlukNya?

Marilah kita merenung firman Allah yang bermaksud "Sesiapa yg percaya dan berharap akan pertemuan dgn TuhanNya,hendaklah ia mengerjakan amal yg soleh,dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadahnya kepada Tuhannya" (Surah Al-Kahfi ayat 110)








0 comments:

Post a Comment